BENGKEL PEMANTAPAN FROG VLE - LADAP

Ladap Bengkel Pemantapan FROG VLE hasil kerjasama Unit iKelas & Unit Bestari SKSL untuk memantapkan lagi penggunaan dikalangan Guru & AKP.  Bengkel ini telah diadakan pada 18 Oktober 2016, pukul 2 hingga 5 petang.  Bengkel ini telah disampaikan oleh Guru Penyelaras Bestari, Cik Kartini binti Othman dan dibantu oleh EIO, Pn. Zafirah binti Mat Jidin.










KURSUS MICROSOFT POWERPOINT 2016 (PASCA UPSR)

Kursus Powerpoint 2016 adalah salah satu Program PASCA UPSR 2016.  Kursus ini bertujuan untuk memberi pengetahun tentang cara mempersembahkan idea dengan kreatif dan menarik yang mana ada diselitkan animasi, gambar, video serta teks.  Semua pelajar dipecahkan kepada 6 kumpulan dan setiap kumpulan dengan pilihan tajuk masing-masing.  Kursus ini telah diadakan pada 28 September 2016 bermula pukul 9.15 pagi hingga 1 tengah hari.  Semua pelajar menunjukkan minat yang mendalam.  Kursus ini telah disampaikan oleh EIO, Pn. Zafirah binti Mat Jidin.





Hari Pembentangan Slide pula telah diadakan pada 17 Oktober 2016.  Setiap peserta diwajibkan menyampaikan bahagian masing-masing.  Tiada pengecualian.  Antara input yang diperolehi:

  • Pengetahuan dalam membina slaid, memasukkan teks, animasi, video dan gambar
  • Pengetahuan tentang persembahkan idea dengan kreatif dan menarik
  • Mendapat keberanian untuk berdiri dihadapan kelas
  • Keberanian untuk bertanya dan melontarkan pendapat
  • Dapat memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan
  • Mengeratkan lagi hubungan di kalangan mereka bila sentiasa berbincang dan berkumpul bersama








SENARAI PEMENANG

Kumpulan Terbaik : Kumpulan Shadow

Penyampai Terbaik : Nur Anis Fitriah binti Mohd Zaki

Persembahan Terbaik : Kumpulan Sewangi Kasturi


BENGKEL PERISIAN SMART IKELAS - LADAP (GURU & AKP)

LADAP -Bengkel Perisian SMART iKelas telah diadakan pada 17 Oktober 2016, mula pukul 2.00 dan berakhir pada pukul 5 petang.  Semua guru dan AKP telah mendapat penerangan yang lebih terperinci berkaitan Smart Projektor, SmartSync Smart Notebook serta Cara Menyimpan BBM ke dalam AP secara Offline.  Bengkel ini telah disampaikan oleh EIO SKSL, Pn. Zafirah binti Mat Jidin.










LAWATAN KHAS DARI WARTAWAN BERITA HARIAN

Satu lawatan khas dari wartawan berita harian telah datang ke sekolah kami untuk melihat sendiri proses pengajaran dan pembelajaran di dalam ikelas.  Beliau juga telah menemuramah beberapa orang murid serta guru besar dan guru penyelaras ikelas untuk dijadikan sumber rujukan dalam laporannya.  Semua memberikan kerjasama yang baik kepada beliau. Lawatan ini telah berlangsung pada 28 Ogos 2016. 












KURSUS FROG VLE (29 MEI - 2 JUN 2016)

Satu Kursus Frog VLE telah dijalankan semasa Cuti Pertengahan Tahun 2016.  Kursus tersebut telah dijalankan selama 5 hari iaitu bermula 29 Mei 2016 hingga 2 Jun 2016 yang mana ia diadakan di iKelas dan Pusat Akses SK Sungai Lerek.  Kursus ini hanya untuk Murid Tahun 1 - Tahun 5.  Kehadiran murid untuk kursus ini amat memberangsangkan. Kursus ini telah dibimbing oleh Pn. Zafirah binti Mat jidin (EIO) dan Cik Wani Nadirah binti Ibrahim (Juruteknik).  Antara input yang diperolehi dari kursus ini adalah:
  • Mengenali apa itu Frog VLE (Pendedahan awal untuk Murid Tahun 1)
  • Mengetahui cara Login Portal Frog VLE (ID pelajar diberikan kepada setiap individu)
  • Mempelajari cara memuat naik dokumen dalam portal untuk disimpan (contoh: kerja kursus dalam file Microsoft Word)
  • Dapat menyimpan (Save) video dan gambar di dalam portal masing-masing.
  • Membuat page baru dalam portal
  • Murid boleh ber'chatting' semasa mereka menggunakan Google Drive Chat






























Latihan Pengintegrasian Inisiatif ICT dalam PdP untuk Guru PSS

Latihan Pengintegrasian Inisiatif ICT dalam PdP diadakan pada 23 - 25 April 2016